LAHAD DATU 11 Mac - Sebanyak 97 suspek pengganas telah ditahan mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana melakukan pencerobohan bersenjata di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo di sini sejak 12 Februari lalu.
Katanya, selain tangkapan mengikut seksyen tersebut, individu yang ditangkap kerana memasuki kawasan larangan Ops Daulat adalah sebanyak 122 orang.
"Jumlah pengganas yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan adalah 54 orang dan mayat penceroboh yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu sebanyak 22 orang," katanya dalam sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment