Home » » Update!! Kg Tandou bersih dari Lanun2 Sulu

Update!! Kg Tandou bersih dari Lanun2 Sulu

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Tuesday, 12 March 2013 | 1:00:00 pm



LAHAD DATU 11 Mac - Kampung Tanduo yang sebelum ini diletakkan dalam zon merah dan menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Sulu bersenjata kini diisytiharkan bersih.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, operasi pembersihan termasuk menggeledah dan mengesan pengganas di lokasi tersebut ketika ini berada dalam peringkat akhir.

"Sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut tamat, penduduk kampung itu akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh terdekat," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, Ops Daulat akan diteruskan dan lokasi yang menjadi tumpuan seterusnya ialah Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.





Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger