Home »
» Mohd Jidin Shafee Antara Tokoh Yang Berpengalaman Untuk Mengemudi Terengganu
Mohd Jidin Shafee Antara Tokoh Yang Berpengalaman Untuk Mengemudi Terengganu
Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Monday, 25 April 2016 | 10:48:00 pm
Merupakan Adun Permaisuri Setiu, Terengganu. Beliau dilahirkan pada 4 April, 1955, di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama To’ Puan Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata
Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains ( Biologi ) yang diambil ketika belajar di Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam
Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Negeri Terengganu pada tahun 2008.
Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka ( D.M.S.M ) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA (ABFM) Malaysia 2007.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment