Home » » Ini FITNAH !!! Itu Bukan Saya...???

Ini FITNAH !!! Itu Bukan Saya...???

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Friday, 8 March 2013 | 1:00:00 am

GAMBAR HIASAN

MI - Manifesto Bukan Janji, penerima BR1M umpama haiwan lapar, Kerajaan yang bantu rakyat Kerajaan Firaun

Bagaimanapun Yasin atau nama sebenarnya Yasin Sulaiman, 39, mengakui beliau memang menyokong penuh perjuangan dan manifesto parti berkenaan.

“Saya bukan ahli PKR. Saya hanya duta AMK sahaja. Saya dilantik kerana sokongan saya terhadap perjuangan mereka. Bagi saya apa yang diperjuangkan itu sangat relevan dan sejajar dengan generasi saya sekarang”, katanya kepada Malaysian Digest sewaktu ditemui di satu sidang media khas di Kota Damansara, semalam.

Tambah pelantun Mimpi Laila ini, dia tidak berniat untuk menceburi bidang politik apatahlagi untuk aktif dalam lapangan itu.

“Saya tak berniat nak aktif dalam politik. Saya hanya menyokong saja perjuangan mereka”, katanya.

Dalam pada itu, Yasin baru-baru ini telah menghasilkan lagu berjudul Reformasi. Lagu yang dimuat naik di laman sosial Youtube itu didakwa telah mencetuskan kontroversi. Malah Yasin memberitahu dia menerima dua ugutan bunuh dari penonton yang menonton video tersebut.

Bagaimanapun setakat ini Yasin belum membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut. Sebaliknya setelah berbincang dengan peguamnya, Yasin megambil keputusan, buat masa ini dia memohon kepada pengugut-pengugut berkenaan agar menghentikan perbuatan mereka tetapi sekiranya perkara itu berlarutan, dia akan membuat laporan polis. SINI
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger