KENYATAAN MEDIA : PROGRAM HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.1)
Badan
Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bakal menganjurkan satu
program baharu yang dinamakan sebagai Himpunan Harapan Semua atau HARAP
3.1 dalam mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Seperti yang telah sedia maklum, HARAP 3.1 buat julung kalinya akan diadakan pada 29 hingga 31 Januari ini di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dengan pelbagai pengisian menarik dengan sasaran lebih 10,000 pengunjung.
Program
yang dirancang akan diadakan secara berkala itu mampu mengukuhkan
kedudukan Pakatan Rakyat sekali gus mengambil alih pemerintahan Kerajaan
Terengganu daripada Barisan Nasinal pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Namun,
saya berpendapat program HARAP 3.1 wajar ditangguhkan kepada satu
tarikh yang lain selepas tempoh perkabungan selama 40 hari sehingga 4
Mac 2015 sebagai menghormati kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah
Almarhum Tengku Setia Raja.
Almarhum merupakan nenda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong ke-4.
Besar
harapan saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat agar BPPNT
mengambil perjalanan yang sewajarnya di atas cadangan tersebut.
YB. Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Pada 26 Januari 2015 bersamaan 5 Rabiulakhir 1436
Home »
» Raja Bahrin Akan Ditendang Oleh PAS Terengganu??
Raja Bahrin Akan Ditendang Oleh PAS Terengganu??
Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Monday, 26 January 2015 | 2:01:00 pm
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment