Dalam pertempuran bermula jam 8 malam hingga 4 pagi itu, kedua-dua anggota keselamatan berusia 25 tahun cedera terkena tembakan pada betis dan paha.
Keadaan stabil
Lans Koperal Afendi Yusof, 23, dari Kem PGA Miri dan berasal dari Kinarut, Papar, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Seorang lagi anggota Lans Koperal Mohd Zariman dirawat di hospital sama. Ini adalah kecederaan pertama anggota keselamatan yang menjalankan operasi mencari dan menggeledah sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata ketika kejadian anggota PGA terbabit membuat kepungan di antara Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo apabila tibatiba diserang pengganas.
“Pasukan keselamatan membalas tembakan. Keduadua anggota itu diberikan rawatan kecemasan oleh paramedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dihantar ke hospital di Sandakan,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ahli keluarga Afendi yang enggan namanya dikenali, berkata beliau bergegas ke hospital selepas ibu Afendi menghubunginya dan memberitahu kejadian menimpa sepupunya.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol yang ditemui selepas melawat anggota terbabit berkata mereka kelihatan sihat dan sedang menerima rawatan susulan.
0 comments:
Post a Comment