KUALA LUMPUR: Hampir 20 minit jet pejuang F18 dan Hawk membedil sekitar Kampung Tanduo di timur Sabah selepas pasukan keselamatan bertekad tiada lagi pilihan setelah usaha penyelesaian tanpa pertumpahan darah isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas wilayah berdaulat Malaysia selama 21 hari tidak mendatangkan hasil.
Hampir empat jam kemudian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan Op Daulat melibatkan serangan udara dan darat ‘menepati objektifnya’.
Beliau bagaimanapun sehingga lewat petang ini tidak mengumumkan bilangan musuh yang terbunuh, cedera atau ditangkap.
Reaksi spontan rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat menyokong tindakan Malaysia itu dalam menjaga kedaulatan negara.
Malah, ada yang mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Sulu’ untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar misalnya berkata desakan itu wajar kerana walaupun Jamalul Kiram III tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, dia boleh dianggap bersubahat berdasarkan sokongan yang ditunjukkan melalui beberapa kenyataannya.
Op Daulat yang dilancar pasukan polis dan tentera yang bermula seawal 7 pagi itu, kini diteruskan dengan gerak gempur melalui darat bagi memburu dan menangkap anggota kumpulan pengganas dari Sulu yang menceroboh Lahad Datu.
Serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk itu, diikuti serangan mortar dan gerak gempur melalui darat.
Tiga letupan kuat diikuti beberapa letupan kecil didengari di kawasan itu selepas setengah jam bunyi jet pejuang memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.
Serangan pasukan keselamatan yang bertumpu di kawasan seluas empat kilometer Kampung Tanduo itu disifatkan Ismail sebagai berjaya mencapai objektif yang ditetapkan operasi itu.
Beliau berkata sejak serangan dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.
“Tiada kecederaan atau kematian di pihak anggota keselamatan,” katanya.
Kumpulan bersenjata dan berpakaian ala tentera itu yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Feb lepas... SINI
Home »
» Update Terkini !!! Bedilan dari Udara menghapuskan saki baki LANUN SULU??
Update Terkini !!! Bedilan dari Udara menghapuskan saki baki LANUN SULU??
Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Wednesday, 6 March 2013 | 12:00:00 pm
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment