Home » » Philippines Daily Inquirer, Sahkan ANWAR terlibat??

Philippines Daily Inquirer, Sahkan ANWAR terlibat??

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Sunday, 3 March 2013 | 1:26:00 pm


Akhbar harian terkemuka Filipina melaporkan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Laporan yang dimuat naik menerusi laman web akhbar berkenaan pada Jumaat lalu turut menyebut bahawa sumber mereka ‘secara konsisten menyebut’ tiga kumpulan itu mengambil kesempatan terhadap keputusan kesultanan Kirams untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

Walaupun tuntutan Kirams dibuat tahun lalu, sumber-sumber berkata dasar kerajaan Filipina berkenaan Sabah ialah menganggap isu berkenaan tidak perlu disegerakan.


“Tetapi nampaknya sesetengah orang mahu ia diselesaikan sekarang. Tapi mengapa sekarang, pada masa ini? Ia adalah salah satu perkara yang dikaji perisikan kerajaan,” tambah laporan itu.

Sementara itu sumber lain berkata, kumpulan juga menggunakan Kirams untuk agenda mereka sendiri.SINI


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger