Home » » PELAJAR-PELAJAR MESIR SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN SABAH...

PELAJAR-PELAJAR MESIR SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN SABAH...

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Sunday, 10 March 2013 | 11:00:00 pm


KUALA LUMPUR: Hampir seribu pelajar Malaysia di sembilan daerah seluruh Mesir mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara dan keselamatan anggota keselamatan di Sabah. 

Muhamad Rafiq Azman, pelajar yang menuntut di Kaherah memberitahu Bernama, di tempatnya, kira-kira 50 pelajar mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin selepas solat Maghrib.

"Tujuan diadakan solat hajat ini tak lain dan tak bukan adalah untuk mendoakan keamanan negara agar tanah air yang tercinta dilindungi Allah dan memohon supaya pengkhianat bangsa dan penceroboh dapat ditewaskan," katanya. 

Menurut Rafiq solat hajat di Kaherah dianjurkan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) yang telah mengumpulkan pelajar Malaysia dari rumah-rumah negeri masing-masing. 

"Kami tidaklah mengadakan majlis rasmi, hanya inisiatif pelajar di sini atas dasar cintakan negara," katanya. 

Sejak pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. 

- BERNAMA

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger