Home » » PADERI MENASIHATKAN SULTAN SULU SUPAYA TAWAN SABAH??

PADERI MENASIHATKAN SULTAN SULU SUPAYA TAWAN SABAH??

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Monday, 4 March 2013 | 8:00:00 pm


GAMBAR HIASAN

Seorang Paderi Filipina yang juga menyusun strategi politik, Pastor Boy Saycon, semalam tampil mengaku menjadi penasihat Sultan Jamalul Kiram III dalam tuntutan ke atas Sabah.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA) itu, tindakan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadidan tiada kena-mengena dengan jawatannya.

Kata Saycon, dia mengetahui rancangan menceroboh Sabah itu sejak Ogos tahun lalu,tetapi dia membantah cadangan berkenaan.

"Ada empat cubaan menyeberang ke Sabah sebelum ini, tetapi saya menghalang semua cadangan itu," katanya

BERTAPA KUATNYA PENGARUH SEORANG PADERI KRISTIAN UNTUK MENGHANCUR NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT SEPERTI MALAYSIA.

 "YA ALLAH, YA TUHAN KAMI,ENGKAU SELAMATKANLAH PEJUANG-PEJUANG KAMI DAN NEGARA KAMI MALAYSIA INI" 

Saycon berkata cubaan pertama dibuat pada Ogos 2012 dan ia dimaklumkan jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani.

Justeru kata Saycon dia berbincang dengan Jamalul Kiram dan menyakinkan Sultan Sulu itu supaya menasihati adiknya, Agbinuddin tidak meneruskan cadangan itu.

Kali kedua cubaan itu dibuat pada September 2012 dan Saycon menghantar Abraham ke Sulu untuk berbincang dengan Agbimuddin.

"Tujuannya supaya mereka membatalkan niat itu," katanya.

Sebelum dia bercakap dengan Agbimuddin, Saycon berkata, dia dapat tahu raja muda itu mempertikaikan tindakan Jamalul menghalang rancangan berkenaan ketika pengikut Sultan Sulu itu di Sabah ditindas.

Katanya, pengikut Sultan Sulu di Sabah malu kerana tidak berbuat apa-apa.

"Agbimuddin mengadu pengikut mereka menghadapi tidakan pihak berkuasa di Sabah", katanya.

Saycon berkata penduduk keturunan sulu disebat polis sebelum diusir keluar ke Sulu dan Tawi-tawi.... Selanjutnya klik SINI
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger