TUDUH MB TERENGGANU BAHAM BALAK- SYED AZMAN PEMFTINAH BESAR......SYED AZMAN PERLU BERTAUBAT!!
Adalah suatu fitnah dan dosa besar YB Dr.Syed Azman ADUN Batu Terengganu apabila menuduh MB Terengganu, ‘Baham Balak”.
Tidak ada suatu buktipun yang menunjukkan Dato’ Seri Ahmad terbabit mengambil rasuah dan apa-apa kewangan dan pemberian tertentu dari mana-mana pihak pengusaha sawmill.
2. BARU SYAK SAHAJA TAPI SUDAH MENYEBAR FITNAH
Tuduhan kepada Dato’ Seri Ahmad amatlah berdosa dari segi Islam yang telah dilakukan oleh Syed Azman, hanya sangkaan buruk sahaja iaitu lihat perenggan nombor 5 SURAT EDARAN TUDUHAN SYED AZMAN KEPADA MB TERENGGANU. beliau hanya menggunakan perkataan ‘mensyakki”.
Baru mensyakki tetapi sudah membuat sebaran kepada orang ramai dengan tulisan MB Baham Balak dan sebagainya, tidakkah itu JAHAT namanya.
Di mana letakkanya amalan Islam, melainkan Syed Azman ikut hawa nafsu jahat atau buruk sangka yang bertentangan dengan Islam.
Syed Azman dan geng geng jahat penfitnahnya ghairah mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan kesannya terhadap individu dan sensitiviti orang lain.
Dalam diri mereka, ada sikap mencari kesilapan orang yang tidak sependapat, malah ditabur fitnah dan penuh dengan buruk sangka.
Islam sentiasa menyuruh agar sentiasa bersangka baik sesama insan, baik kepada Muslim dan bukan Muslim sehingga ada keterangan dan bukti yang boleh kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Ayat Allah banyak mengingatkan kita bersangka baik kerana boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat. Allah berfirman bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…” (Surah al-Hujurat: 12)
3. SEJARAH SKIM SAWMIL DAN MATLAMAT SKIM ITU
Sejak dari zaman mantan Tan Sri Wan Mokhtar menjadi MB lagi memang telah diperkenalkan skim sawmill...di mana syarikat yang difikirkan layak mempunyai sawmill diberikan peruntukan balak bagi mempastikan operasi kilang papan tidak tergendala dan pekerja terus dapat bekerja.
Itulah betapa bagusnya kerajaan Barisan Nasional menjaga kebajikan rakyat.
4. PENJELASAN JABATAN HUTAN TERENGGANU
Pihak Berkuasa Jabatan Hutan Terengganu sendiri ketika ditemui hari ini menjelaskan skim sawmill itu ada kebaikannya untuk tujuan menjaga kebajikan pekerja sawmill berkenaan.
Beliau menjelaskan tiada sama sekali kerajaan atau MB atau jabatan terlibat mensyaratkan beri duit kepada mana-mana tabung oleh sawmill yang layak memperolehi skim tersebut.
Beliau menjelaskan kelulusan diberikan kepada sawmill terbabit adalah berdasarkan kreteria yang diputuskan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Hasil Hutan yang beliau sebagai pegawai kerajaan ada sama di dalamnya.
Kawasan hutan yang hendak diberi pun terlebih dahulu katanya diperiksa oleh Jabatan Hutan dan bukannya boleh diluluskan sewenang-wenangnya.
5. SPRM TELAH SIASAT PEMILIK SAWMIL, TETAPI TIADA KES MB ATAU MANA MANA PEMIMPIN UMNO ATAU JABATAN HUTAN TERLIBAT
Difahamkan oleh jabatan ini, bahawa perkara ini telah lama disiasat oleh SPRM apabila menerima aduan dan berpuluh pegawai SPRM turun menemui tauke-tauke sawmill terbabit untuk siasatan, tetapi ternyata tiada sebarang penglibatan Menteri Besar atau pemimpin lain dan Pegawai Jabatan Hutan pun terlibat mengambil duit rasuah.
Justeru itu tiada sebarang susulan dapat dibuat oleh SPRM atau jelasnya tiada kes rasuah oleh MB, pegawai jabatan hutan.
6. SYED AZMAN DAN RAFIZI CUBA HALANG PEMBONGKARAN SALAH GUNA KUASA BERKAITAN BALAK OLEH KERAJAAN PAS
Tetapi ini Syed Azman kehabisan modal lalu membuat tuduhan dan FITNAH untuk menimbulkan kecurigaan rakyat menjelang pilihan raya.
Apatah lagi bila Syed Azman dan Rafizi Strategi PKR dalam tulisan edarannya mengugut supaya bloger atau sesiapa di pihak Umno dan BN supaya jangan membongkar isu seleweng balak oleh Kerajaan Pas Kedah.
Penyelewengan kerajaan Pas di Kedah dan Kelantan amat jelas, begitu juga di zaman Pas memerintah Terengganu terang- dan terbukti diberikan kawasan balak kepada kroni.
Contoh Skandal Balak Kerajaan Pas Terengganu:
Misalnya Mesyuarat Exco Kerajaan Pas meluluskan kawasan balak 10 ribu ekar kepada North East Plantation di Hulu Dungun....pemilik syarikat itu ialah Dato’ Hishamudin Yahya Pengerusi akhbar Harakah milik Pas....terang-terang seleweng dan guna kuasa beri balak kepada kroni.
Suzana, gadis berusia 26 tahun yang tiba-tiba baru tubuh syarikat, diberikan kawasan balak tanpa tender oleh Yayasan Terengganu....siapa yang beri Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas) dan DS Haji Hadi Awang Presiden Pas dan MB Terengganu waktu itu dan pada masa sama adalah Pengerusi Yayasan Terengganu.
Banyak lagi yang akan dibongkar selepas ini tentang penyelewengan balak oleh Haji Hadi, bahkan seorang pegawai khas yang jaga hal ehwal balak di Pejabat MB Terengganu zaman Pas.
Kita akan bongkar di mana surat-surat JSR dan peranan Haji Hadi dan Mustaffa Ali dan YB YB Pas waktu itu.....bertimbun-timbun dalam simpan kita.
6. KESIMPULAN
Ia hanyalah fitnah semata-mata terhadap MB Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said menjelang PRU 13 kerana pembangkang sudah kehabisan modal.
Kita syorkan agar Syed Azman bertaubat kerana terlalu banyak dosa DOSANYA MENFITNAH ATAS DASAR KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI DAN PARTINYA yang lebih dahsyat dari membunuh dan perlu meminta maaf kepada DS Ahmad Said.
Semoga Allah SWT memberikan hidayat Nya kepada Syed Azman dan sekutunya.SUMBER
Label : RAR
0 comments:
Post a Comment