Jenazah Prebet Mohd Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi Rabu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

“Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini, Selasa.
Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan tiga pengganas berkenaan.
Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari, manakala 56 pengganas ditembak mati.
Sementara itu,seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.
Ahmad Farhan Bin Roslan juga berasal dari Kelantan,meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menghantar bekalan ke kawasan pertempuran Op Daulat pada Selasa.Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kenderaan yang dipandu anggota tentera itu dipercayai hilang kawalan.
Mangsa mengalami kecederaan teruk sebelum meninggal dunia. Baca selebihnya disini..
AL-FATIHAH……Takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Bin Ismail yang gugur dalam serang hendap di Sungai Nyamuk dan Ahmad Farhan Bin Roslan kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu demi mempertahankan tanah air. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman dan para syuhada.
0 comments:
Post a Comment