Home » » ZAKAT PART 2!!! DUIT ZAKAT DARI JUALAN ARAK KE???

ZAKAT PART 2!!! DUIT ZAKAT DARI JUALAN ARAK KE???

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Tuesday, 26 February 2013 | 3:00:00 pm


EXCO KERAJAAN PAS BAHAM DUIT ZAKAT UNTUK ANAK SENDIRI (BHG 2)
ANAK ORANG MISKIN DINAFIKAN HAK MENDAPATKAN ZAKAT...



Di manakah kau KINI Ahmad Izzudin Abu Bakar, 33 tahun dan Abdullah Basri Abu Bakar Chik, 30 tahun usia mereka sekarang, kedua dua anak Abu Bakar Chik yang baham duit zakat semasa jadi Exco Kerajaan Negeri di zaman Pas memerintah Terengganu dulu.

Di manakah kau sekarang, Tuan Noor Fadhilah Abu Bakar, 35 tahun..Mohd Mujahid Abu Bakar 26 tahun ..anak anak Abu Bakar Abdullah Exco Kerajaan Pas Terengganu yang baham duit zakat masa berkuasa untuk diberikan kepada anak anak sendiri.

Tampillah menerangkan kepada kamu dan ayah kamu sanggup membaham duit zakat yang sepatutnya diberikan kepada rakyat yang miskin.

Lihat lampiran bukti kelulusan 2000/2001, sewaktu itu Maidam di bawah Haji Hadi selaku Menteri Besar Terengganu. 

Haji Hadi sewaktu ditanya wartawan pada mulanya menafikan, tetapi bila senarai Maidam didedahkan, akhirnya baru mengaku. 

Seorang ibu lapan anak, Minah Mat Zain ketika itu berusia 53 tahun terpaksa menggadaikan barang kemas untuk membiayai anaknya ke Mesir, kesal kerana permohonan anaknya yang dikatogerikan sebagai keluarga miksin ditolak sedangkan anak Exco Kerajaan yang kaya diluluskan.

Minah yang berasal dari Kampung Telaga Daeng Seberang Takir berkata, anaknya Wan Norasiah Wan Ngah terpaksa meminta bantuan kewangan daripada keluarga rakannya untuk membeli tiket penerbangan.

Menurut Minah, suaminya Wan Ngah Ismail (66 tahun waktu itu) pernah memohon bantuan zakat Maidam tetapi ditolak.

Seorang lagi surirumah, Wan Sarah Wan Othman dari Kampung Padang Gong Tok Nasek hairan tindakan kerajaan Pas meluluskan kewangan kepada lima anak Exco Kerajaan itu.

"Suami saya Yusof Musa yang bekerja sebagai kakitangan rendah memohon bantuan Maidam untuk membiayai pengajian anak kami Yusmahadi di Universiti Al Azhar Mesir tetapi ditolak," katanya sedih. Demikian pemimpin Pas mengkhiananti amanah.

Justeru itu negara kebajikan dan kebajikan untuk rakyat yang dijanjikan lagi adalah suatu pembohongan yang jelas kerana apabila berkuasa mereka sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri, termasuk anak-anak.
Kalau wang zakat boleh baham...

Label : RAR, Terengganu TODAY
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger