Home » » Jangan Tebeng!!! Raja Bahrin PEMBOHONG BERSIRI yang ke 2 Dari PAS???

Jangan Tebeng!!! Raja Bahrin PEMBOHONG BERSIRI yang ke 2 Dari PAS???

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Thursday, 21 February 2013 | 7:00:00 pm


GUANE GAMOK RAJA BAHRIN WEH....
PENIAGA SENDIRI SETUJU PASAR KEDAI PAYANG DIBINA BARU...

Peniaga di Pasar Payang sendiri bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu membina semula Pasar Payang baru empat tingkat yang berhawa dingin bagi mengantikan bangunan itu yang semakin uzur dan daif.

Peniaga ikan, Mustafa Kamal Mohd, 69, berkata terima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana sudi mendengar keluhan wakil peniaga,.



"Keputusan Menteri Besar membenarkan semua peniaga, termasuk penjual barangan basah untuk turut bersama-sama berniaga apabila siap Pasar Payang baru kelak adalah berita yang cukup mengembirakan.

“Saya dan peniaga barangan basah lain berjanji akan menjaga dispilin ketika berniaga dengan tidak membuang sisa bahan mentah seperti perut ikan dan ayam,” katanya
Begitu juga Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Cawangan Kuala Terengganu pun setuju.
Maknanya MB dan kerajaan buat sesuatu bukan tanpa perundingan dan persetujuan seperti tuduhan tertentu.



Dalam pertemuan dua hala antara Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu (PPPKM) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini, pihak peniaga mengakui kewajaran cadangan berkenaan bagi keselesaan mereka dan pengunjung,

Pengerusi persatuan itu Haji Ibrahim, 69, berkata, dia berpuashati dengan pertemuan dua hala ini terutama apabila Menteri Besar bersetuju untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.
“Keputusan melebar dan menambah lot perniagaan sedia ada iaitu 900 lot kepada 1,000 lot cukup wajar kerana mampu memberi peluang kepada peniaga luar untuk turut berniaga di pasar itu,” katanya.

Bendahari PPPKM, Encik Zaki Abdul Hamid, berkata dia bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri untuk meneruskan projek bina semula pasar payang walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak tertentu terutama pembangkang.

Katanya, pihak lain tidak mengetahui secara mendalam mengenai keadaan peniaga di pasar payang yang sering dibelenggu masalah kecurian, bocor dan sisa kumbahan melimpah.

“Apabila musim tengkujuh pula, sebahagian struktur pasar, terutama di ruangan pasar basah akan bergoyang kerana ditiup angin dan dilambung air..

“Jika serius mahu melihat pasar payang terus maju setanding pasar terkemuka lain, kita sewajarnya terima perubahan yang dirancang kerajaan negeri,” katanya.

Maka SASAU LAGILAH RAJA BAHARIN!!

Label : Terengganu Today
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger