Home »
» Jangan Tebeng!!! Hudud dicanang LAGI bila tiba PRU!!!
Jangan Tebeng!!! Hudud dicanang LAGI bila tiba PRU!!!
Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Thursday, 21 February 2013 | 12:00:00 pm
Setiausaha Majlis Syura Pas mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mengemukakan “hukum hudud UMNO” dan Pas bersedia untuk melaksanakannya dengan adil.
“Pas tidak ada hudud sendiri. Pas hanya ingin melaksanakan hudud ALLAH. Kalau beliau tak setuju, maka dipersilakan kemuka hudud dari UMNO, Insya-ALLAH Pas akan laksanakan nanti.
“Tun Dr. Mahathir kena hormati kemampuan orang lain, dia cakap seolah-olah hanya dia seorang saja yang mampu dan berwibawa.
“Soal laksana hudud Islam, bukan perkara yang payah, dia kena belajar apa itu Islam. Dia tak faham apa itu negara dan pemerintahan Islam.” - Nik Zawawi Nik Salleh
Naib Presiden Pas pula menyatakan Dr. Mahathir tidak mempunyai kelayakan untuk mempertikaikan cara pelaksanaan hudud yang diperjuangkan oleh parti itu.
"Dia (Dr. Mahathir) bukan orang selayaknya cakap fasal hudud.” - Salahuddin Ayub
Cincin Emas: Pas sekali lagi main wayang dalam soal hudud yang diperjuangkan parti itu.
Pas memang bijak lari daripada menjawab persoalan utama iaitu bila lagi hudud akan dilaksanakan di Kelantan? Jawapan Pas mudah iaitu UMNO yang menghalang hudud didaulatkan di negeri Serambi Makkah itu.
Banyak kali sudah dijelaskan, Pas sebenarnya terlalu dayus untuk bercakap apatah lagi melaksanakan hudud. Bukan kerana ditentang UMNO tapi hudud Pas sentiasa dibayangi oleh DAP.
Jika Pas bersungguh mahu melaksanakan hukum “hudud ALLAH”, laksanakan sahaja tanpa rasa bersalah dengan DAP. Inilah yang sebetulnya.
Cuma “hudud Pas” sahaja yang bermasalah.SINI
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment