Kenapa PAS mahu ganti UMNO di Terengganu?
Jawapannya, pemimpin PAS mahu baham balak! Walaupun jawapan itu sangat menyakitkan hati penyokong PAS, era pemerintahan parti itu di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 cukup ‘busuk’ dengan pelbagai isu balak.
Pemimpin PAS seperti ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak begitu sibuk melalak tentang gejala rasuah dan penyelewengan.
Mungkin mereka telah lupa, sejarah PAS di Terengganu yang diketuai Dato’ Seri Abdul Hadi Awang penuh dengan ‘upacara’ pembahagian
kawasan balak.Satu pendedahan bagaimana permohonan kawasan balak seluas 200 ekar di Sungai Patang, Tebak, Kemaman yang disokong oleh para pemimpin PAS dan PKR pada 11 Januari 2001.
Permohonan yang dibuat oleh Wan Osman Wan Omar (No. Kad Pengenalan 620508-11-5253) disokong dengan tandatangan Ahli Parlimen PKR Kemaman ketika itu, Abdul Rahman Yusof; ADUN PAS Chukai, Ustaz Awang Dagang; ADUN PAS Kijal, Mehamad Sulong; ADUN PAS Air Putih, Ustaz Ismail Harun dan Penyelaras PAS DUN Kemasik, Che Alias Hamid.
Turut menyokong permohonan itu beberapa Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) di Kemaman. Perjanjian ‘rasuah’ itu telah berjanji untuk mengagihkan keuntungan balak berkenaan kepada 67 Cawangan PAS di Parlimen Kemaman berjumlah RM46,900.
Selain itu, 73 buah JSR menerima habuah berjumlah RM51,100, PASTI milik PAS berjumlah RM32,200, pejabat-pejabat pemimpin PAS berjumlah RM2,800 dan tabung PAS Kemaman sebanyak RM700.
Malang buat PKR di Kemaman, agihan RM10,000 kepada parti itu dipotong. Jumlah keseluruhan perjanjian itu sebanyak RM154,200.
Ini baru satu syarikat yang didedahkan, masih ada berpuluh-puluh syarikat dan JSR turut terlibat dalam perjanjian rasuah seumpama ini di Terengganu dalam tempoh berkenaan.
Tempoh 4 tahun 4 bulan PAS di Terengganu cukup ‘nikmat’. Bukan sahaja nikmat mendapat kawasan-kawasan balak, nikmat menipu rakyat juga menjadi impian pemimpin PAS jika dapat menawan Terengganu.
Kenapa PAS mahu ganti UMNO di Terengganu? Jawapannya, pemimpin PAS mahu baham balak! Walaupun jawapan itu sangat menyakitkan hati penyokong PAS, era pemerintahan parti itu di Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 cukup ‘busuk’ dengan pelbagai isu balak.
Pemimpin PAS seperti ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak begitu sibuk melalak tentang gejala rasuah dan penyelewengan.
Mungkin mereka telah lupa, sejarah PAS di Terengganu yang diketuai Dato’ Seri Abdul Hadi Awang penuh dengan ‘upacara’ pembahagian kawasan balak.
Satu pendedahan bagaimana permohonan kawasan balak seluas 200 ekar di Sungai Patang, Tebak, Kemaman yang disokong oleh para pemimpin PAS dan PKR pada 11 Januari 2001.
Permohonan yang dibuat oleh Wan Osman Wan Omar (No. Kad Pengenalan 620508-11-5253) disokong dengan tandatangan Ahli Parlimen PKR Kemaman ketika itu, Abdul Rahman Yusof; ADUN PAS Chukai, Ustaz Awang Dagang; ADUN PAS Kijal, Mehamad Sulong; ADUN PAS Air Putih, Ustaz Ismail Harun dan Penyelaras PAS DUN Kemasik, Che Alias Hamid.
Turut menyokong permohonan itu beberapa Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) di Kemaman.
Perjanjian ‘rasuah’ itu telah berjanji untuk mengagihkan keuntungan balak berkenaan kepada 67 Cawangan PAS di Parlimen Kemaman berjumlah RM46,900.
Selain itu, 73 buah JSR menerima habuah berjumlah RM51,100, PASTI milik PAS berjumlah RM32,200, pejabat-pejabat pemimpin PAS berjumlah RM2,800 dan tabung PAS Kemaman sebanyak RM700.
Malang buat PKR di Kemaman, agihan RM10,000 kepada parti itu dipotong. Jumlah keseluruhan perjanjian itu sebanyak RM154,200.
Ini baru satu syarikat yang didedahkan, masih ada berpuluh-puluh syarikat dan JSR turut terlibat dalam perjanjian rasuah seumpama ini di Terengganu dalam tempoh berkenaan.
Tempoh 4 tahun 4 bulan PAS di Terengganu cukup ‘nikmat’. Bukan sahaja nikmat mendapat kawasan-kawasan balak, nikmat menipu rakyat juga menjadi impian pemimpin PAS jika dapat menawan Terengganu.SUMBER
0 comments:
Post a Comment