Semalam kecoh di blog dan Facebook kononnya rakaman insiden tembak-menembak di Lahad Datu telah tersebar malah amat mencuit hati apabila ada pembaca/tukang komen sepenuh masa melatah tidak tentu pasal dan mendakwa pihak tentera tidak buat kerja?
Amat menghairankan apabila ramai orang percaya bahawa video tersebut merupakan rakaman tembak-menembak insiden pencerobohan Royal Army of Sulu Sultanate di pasar awam Lahad Datu.
Apa yang pasti, rakaman tersebut merupakan RAKAMAN LAMA PADA TAHUN 2009! Kelakar bukan apabila kita bertegang urat dan saling mengkritik untuk video dimuat naik pada 4 tahun lepas?
Penyokong-penyokong pihak pembangkang pula 'merajinkan diri' untuk download rakaman insiden 2009 dari You Tube dan upload semula video berkenaan bagi memperlihatkan video berkenaan merupakan video terbaru. Motif mereka hanyalah satu - menyalahkan pihak kerajaan dan ATM apabila sudah berlaku tembak-menembak di tempat awam. SINI
0 comments:
Post a Comment