Home » » Demi Kebangkitan Melayu dan Islam

Demi Kebangkitan Melayu dan Islam

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Tuesday 8 September 2015 | 7:06:00 pm


Kuala Terengganu : Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak dan berkemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu (Islam) yang bakal diadakan di Bukit Bintang dan Petaling Street pada 16 September ini.

Hadi berkata, PAS akan menyertai himpunan itu demi Melayu dan Islam dan akan melihat apa agenda dan perlaksaan yang bakal dilakukan nanti.

Dalam masa yang sama Pas tetap kekal dengan pendirian dan jelas tidak akan menerima PARTI AMANAH NEGARA (Amanah) yang ditubuhkan oleh Mohamad Sabu selepas kalah dalam pemilihan muktamar PAS Jun yang lalu.

Menurut Presiden Pas Malaysia , Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pihaknya tidak akan menerima parti yang baru ditubuhkan itu(Amanah) untuk menyertai PAS dan PAS tetap dengan pendirian seperti sebelum ini.

"Pas tidak takut bersendirian kerana pas pernah berdikari, Pas pernah bersama komunis sebelum merdeka dan jelas kami PAS tidak pernah takut sekiranya bergerak bersendirian, katanya pada sidang media , di U2 wisma Darul iman, sempena Sidang Dun penggal 2 hari ini.

Sehubungan dengan itu PAS tidak ikut menyertai himpunan bersih yang dianjurkan baru-baru ini oleh pakatan rakyat kerana menghormati hari KEBANGSAAN.

“Tidakkan peserta bersih bersikap kebudak-budakan dengan memijak gambar pemimpin dan menyerahkan perkara itu pada pihak polis untuk diambil tindakan”,katanya.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger