Home » » TAKUT KERANA SALAH ... BERANI KERANA BENAR !!!

TAKUT KERANA SALAH ... BERANI KERANA BENAR !!!

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Thursday 11 September 2014 | 11:32:00 pm

SHARE THIS
TAGS
Pada mac 2010, YAB Menteri Besar Terengganu ketika itu melaporkan tentang pembelian bangunan asrama di Mansurah, Mesir dgn harga rm16 juta. Lanjutan daripada itu, saya menyebut dlm ceramah ambang kemerdekaan tentang pembelian tersebut memerlu perjelasan kepada rakyat. Akhirnya, isu pembelian bangunan kepunya an Yayasan Terengganu di Mesir telah tersebar di dalam media dan respon kepada isu ini telahpun diberikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Antara respon beliau selain dari berhasrat untuk menyaman pimpinan pembangkang yang mengeluarkan hal berkaitan pembelian ini, Kata hendak tranformasi politik baru tapi sikit-sikit saman..Manjanya Menteri Besar.. Tranformasi politik sewajarnya menunjukkan kesedoaan utk bersikap terbuka untuk memberi penjeladan kpd rakyat dan sepatutnyabeliau juga telah mendedahkan tentang kedudukan sebenar hasil siasatan oleh SPRM. Menurut beliau siasatan SPRM jelas menunjukkan beliau tidak berkait. Persoalanmya..ia berkaitan dengan siapa ?
Apabila YAB MB membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dan bersih dari pertuduhan ini maka bermakna kes ini benar, kerana tidak mungkin SPRM akan membuka siasatan jika tiada bukti-bukti yang kukuh. Justeru, timbul persoalan baru yang mana rakyat Terengganu berhak mengetahuinya iaitu, apakah hasil keseluruhan siasatan itu? Jika MB tidak bersalah, maka siapa yang bersalah? Siapa yang merancang atau terlibat secara langsung atau tidak dengan pembelian ini? Dengan jumlah yang begitu besar, seperti yang dijelaskan oleh bekas MB yang lalu, Dato’ Seri Ahmad Said iaitu harga bangunan itu ialah sebanyak RM 16 juta, adakah projek ini diluluskan tanpa penglibatan pihak lain atau apa yang dikatakan “One Man Show”? Agak janggal jika dikatakan projek dengan menggunakan wang rakyat ini diluluskan oleh seorang sahaja tanpa ada penglibatan pihak lain.
Paling kurang pada pandangan saya, adakah pembelian ini hanya melibatkan mantan MB, dan tidak melibatkan Lembaga Pengarah Yayasan Terengganu dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga sepatutnya Exco Pendidikan turut sama dlm kerajaan kerana ini melibatkan pendidikan rakyat Terengganu di Mesir. Dan seperti yang kita maklumi, Exco pendidikan ketika itu ialah MB sekarang ini iaitu Datuk Ahmad Razif. Jika beliau menyatakan yang beliau tidak terlibat, ia tidak memudarkan keinginan rakyat yang sangat ingin tahu kerana ini melibatkan wang rakyat, wang pembayar cukai.
Bukan pembelian itu menjadi isu, tetapi cara pembelian itu telah menimbulkan sedikit kecurigaan kerana kerajaan negeri Kelantan juga membeli bangunan yang sama di Mesir tetapi kos pembelian itu hanya berjumlah sekitar kira-kira tiga juta USD sahaja. Mengapakah sebegitu besar jumlah yang berbeza itu? Bayangkan dengan wang sebanyak tiga juta USD itu dengan kadar tukaran sekarang, jika diagihkan sebagai biasiswa pelajaran, hampir 500 orang pelajar akan mendapat sebanyak lebih kurang RM20,000 seorang. Adakah YAB MB mahu bersikap berlepas diri dan tidak ada rasa keperyanggungjawaban utk.melangsungkan kerajaan BN dr kepimpimanan MB yg lalu ??
Oleh itu, kami dari pimpinan PAS Terengganu, memohon agar YAB MB agar menggunakan kuasanya, mengarahkan laporan dikeluarkan bagi tatapan rakyat Terengganu agar rakyat tahu bagaimana proses pembelian ini berlaku, siapakah yang terlibat, mengapa terjadi perbezaan harga yang sangat besar berbanding dengan pembelian yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan. Oleh kerana YAB MB menyatakan bahawa YAB MB bersih selepas siasatan oleh SPRM, maka sayugialah YAB MB menjelaskan kepada rakyat hal yang sebenarnya.
Dan sekiranya dibuktikan terdapat penyelewengan wang rakyat, maka YAB MB mesti mengambil tindakan keatas pihak yang bersalah. Inilah masanya bagi YAB MB membuktikan kepada rakyat, kesungguhan YAB MB melakukan transformasi terhadap gejala salah guna kuasa didalam pentadbiran YAB MB. Kami menaruh harapan yang tinggi kepada YAB MB agar kes-kes sebegini jika benar berlaku, tindakan sewajarnya mesti diambil, agar tidak berulang kembali kes-kes yang disenyapkan seperti kes stadium runtuh, pembinaan LPT yang tidak mengikut jadual dan lain-lain lagi.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
ADUN Bukit Payong
13 Zulqaedah 1435 bersamaan 8 September 2014
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger