Home » » SEDIH!!! SEDIH!!!“Ore tok sir mati lagi Ummi"

SEDIH!!! SEDIH!!!“Ore tok sir mati lagi Ummi"

Written By https://komunititelukpaku.blogspot.com/ on Monday 25 February 2013 | 12:25:00 am


“Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” 

BIRU menyeru kepada semua pembaca BIRU agar kita sama-sama membantu adik Azim ini meringankan beban yang ditanggung olehnya dan kedua ibubapanya.. BIRU mendoakan agar adik AZIM sembuh sediakala seperti kanak-kanak lain..AMIN...

Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.

Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.

Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.

Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di saat sebegini pun dia kuat.

“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.SINI
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Pemburu Provokasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger